Tuesday, February 8, 2011

[NUR HAZMA] BUKAN TERLARANG

Penerbit :Tintarona Publication Sdn. Bhd
Harga : RM 35.00
Penulis :Nur Hazma
ISBN :978-983-3514-26-7
Halaman :883
Cetakan Pertama : 2007
Milikan : Pinjam dari Perpustakaan Perubatan HoSHAS di bawah projek
Sinopsis


Sukar sungguh sekarang untuk menghabiskan sebuah buku. Entah mengapa, tiada tolakan rasanya. Tapi yang ni, sempat juga saya habiskan. Tolakannya.... buku sudah perlu dipulangkan.... :P . Berikut adalah sinopsis saya untuk buku kali ini...

Imran dan Maisara, rakan sekampung. Maisara dalam diam-diam menyimpan perasaan kepada Imran, tetapip terpaksa mengundur diri kerana rakan serumahnya, Tina sudah menjadi kekasih Imran. Perhubungan mereka bertiga amat baik hinggalah berlaku sedikit salah faham.
Imran dan Maisara ditangkap basah oleh ibubapa Imran sewaktu Tina tiada di rumah. Akibat salah faham ini, mereka dipaksa untuk berkahwin. Bagi Maisara, impiannya sudah tercapai walaupun dalam terpaksa. Bagi Imran pula, dia tetap akan setia dengan kekasihnya, Tina. Persetujuan dipateri. Mereka berkahwin juga akhirnya, tetapi masing-masing membawa haluan sendiri. 
Maisara pasrah dalam terpaksa. Kasih sayangnya kepada Imran membuatkan dia rela. Harapan ibubapa kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan cucu amat meresahkan mereka. Di hadapan keluarga, mereka berlakon mesra. Dalam diam, Imran sebenarnya sudah mula terpikat dengan isterinya sendiri.
Perkahwinan mereka masih dirahsiakan dari rakan pejabat. Kehadiran Zahim, abang angkat Maisara mengundang rasa cemburu Imran. Sedangkan kemanjaan Zeta, teman sepejabat mereka membuahkan kemarahan Maisara. Di kala hubungan Imran dan Tina mula retak, Imran dikejutkan dengan cerita Huda. Huda tidak sengaja memberitahu Imran yang Maisara memang sudah lama jatuh hati padanya.
Imran terasa tertipu. Tertekan dengan perpisahannya dengan Tina, dan kerana ego, Maisara dipersalahkan. Maisara melarikan diri ketika Imran cuba berkasar dengannya. Hubungan yang retak cuba dibaiki. Sewaktu mereka cuba membaja kasih, Zeta datang menjadi penghalang. Zahim juga dijadikan sebab dan alasan sengketa.
Ketika mereka mula bersatu, Imran dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke cawangan lain. Belum sempat untuk bermesra, cemburu datang lagi. Mana taknya, Zeta juga dipindahkan bersama Imran. Kemesraan Zeta dan Imran di lihat sendiri oleh Maisara. Tragedi ditangkap basah Imran dengan Zeta mengecewakan lagi Maisara. Dengan tekad, Maisara melarikan diri dan menumpang di rumah Tina.Tina yang sudah bertunang, mula redha dengan keadaan. 
Tanpa diketahui Maisara dan Imran, Maisara sudah berbadan dua. Imran mengalami pitam-pitam dan Maisara tidak stabil emosinya. Dalam kejauhan, masing-masing menanggung rindu. Atas nasihat Tina, Maisara kembali ke pangkuan Imran.

Kata saya: Susah sungguh jadi seorang wanita. Nak lagi kalau bertepuk sebelah tangan saja. Sebaik mana pun Sara, keinginan hati tetap kuat. Inikan pula bila ada trajedi berlaku. Keranakan cinta, semua diturutkan. Sara memendam rasa sambil menyulam mimpi. Imran plak seorang lelaki yang terlalu setia. Juga buta kerana cinta, sampaikan orang di sebelah tak nampak langsung. Memang sakit hati baca buku ni tau. tapi, ending dia hepy... ^_^V Tak sakit hati dahh....

No comments:

Post a Comment