Tuesday, January 25, 2011

[ROSE HARISSA] MULANYA SATU CINTA

Penerbit : Alaf21
Harga : RM18.00
Penulis : Rose Harissa
ISBN : 978-983-124-405-0
Halaman : 485
Cetakan Pertama : 2008
Milikan : 
Sinopsis :


Saya mula membuka blog ini kerana Kelab Buku Perpustakaan Perubatan HoSHAS bercadang untuk membuat pertandingan. Tapi bukan sebab itu sahaja. Sebenarnya... sudah banyak buku yang saya baca. Terasa sayang kerana banyak yang sudah mula dilupakan. Lagipun saya ada sedikit perancangan untuk masa hadapan. Walau apapun alasan saya, berikut adalah sinopsis saya tentang buku yang saya baca kali ini...

Eddy Ezli merupakan duda anak 1. bertahun-tahun lamanya dia menduda setelah kecewa dengan keputusan bekas isterinya. Hidupnya selamat dari hancur dengan adanya sokongan sahabat karibnya, Fuad dan juga ibunya, Faridah. Iryanie, gadis muda yang terpaksa mengulang 1 subjek elektif kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Mempunyai seorang ayah, tetapi tidak berhubungan baik. Untuk menghabiskan pelajarannya, Iryanie mencari kerja sambilan.

Ibu Ezli yang membuat keputusan untuk pulang semula ke kampung setelah hidup bersama Ezli bertahun-tahun lamanya membuatkan hidup Ezli mula kucar kacir. Lebih-lebih lagi, pengasuh yang diupah oleh ibunya adalah Iryanie. Sebetulnya mereka pernah bertemu kerana satu kemalangan yang melibatkan perlanggaran kereta. Ilyanie dibantu oleh Zamri, bekas abang iparnya.

Tugas Ilyanie hanyalah menjaga Afi, sehingga Ezli kembali dari bekerja. Banyak dugaan yang dihadapi oleh Yanie, memandangkan Ezli memang tidak suka kepadanya. Namun kerana desakan hidup, Yanie tempuhi semuanya dengan sabar. Keramahan Yanie dan kasih sayang yang dicurahkannya kepada Afi membuka semula hati Ezli. Dalam mula membaca kasih, Khairina, bekas isterinya kembali bertemu. Hajatnya ingin merampas Afi.

Usai masalah dengan Khairina, muncul pula Zamri membuat onar. Dengan menyogok ayah Yanie, Zamri mengambil peluang mencucuk jarum. Atas desakan keadaan, Yanie terpaksa berkahwin dengan Zamri tanpa rela. Ezli kecewa lagi, Yanie pula menderita. Kerana keadaan Afi dijaga semula oleh ibu Ezli. Kehidupan Yanie terus dilanda malang apabila Zamri menduakannya dengan bermukah dengan kakak tiri Yanie.

Yanie memohon fasakh dan Zamri terpaksa melepaskannya kerana bukti vcd yang dijumpai Yanie. Selepas cerai, Yanie masih tidak mencari Ezli, tetapi bekerja berdekatan dengan ibu Ezli dan Afi. Setelah mengetahui cerita sebenar, Ezli nekad untuk mendapatkan Yanie semula. Sempena hari lahir Yanie, Ezli dan Afi melamarnya di taman tasik.

Kata saya: Comelnya Afi :) saya suka watak Afi, jadi penyeri. Yanie nmpak lembut saja. Walaupun sering berhadapan dengan masalah, tapi dalam diam ada juga beraninya. Ezli pulak, bagai berjumpa buku dengan ruas :P Comman life story, tp i like it...

No comments:

Post a Comment