Wednesday, May 18, 2011

[ZAIFUZAMAN AHMAD] DENDAM SEMALAM

Penerbit : Alaf21
Harga : RM 15.00
Penulis : Zaifuzaman Ahmad
ISBN : 983-124-186-X
Halaman : 348
Cetakan Pertama : 2005
Milikan : Pinjam dari Perpustakaan Perubatan HoSHAS di bawah projek pinjaman berkelompok
Sinopsis :

Perkhawinan Hartina mula bergoyang tatkala mendengar berita dari sahabat karibnya, Dina mengeni kecurngan suaminya, Fakar. Fakar mula hidup mewah hasil kekayaan Hartina dan mula merasa tamak. Bersama Dahlia, setiausaha dan kekasih gelapnya, mereka mula merancang untuk menghapuskan Hartina.
Hartina terselamat dari cubaan membunuh apabila adik kembarnya, Hartini yang menjadi mangsa. Hartini yang sudah lama tidak pulang, tiba-tiba pulang menjenguk Hartina dan menjadi mangsa pembunuhan terancang itu.
Hartina mula merancang untuk membalas dendam. Fakar yang menyangka Hartina sudah mati, mula diganggu bayangan Hartina. Hanya Dina sahaja yang tahu bahawa Hartina masih hidup. Mereka bekerjasa untuk menkutkan Fakar. Kehidupan Fakar mul kucar kacir. Baginya hantu Hartina kembali untuk memblas dendam. Tidak terlintas di fikirannya yang Hartina masih hidup. Perbuatan jahatnya membawa padah. Fakar meninggal kerana serangan jantung. Nasib Dahlia juga tidak semanis yang dicita. Dia terbunuh secara tidak sengaja oleh Fakar sewaktu mereka bergaduh

Kata saya: Memang dasar laki tak kenang budi (hehehe.... :P) Masa baca cerita ni, memang geram jer bila part Fakar buat perangai. Yang geramnya, Hartina pulak macam lemah jer. Tapi pandai pulak dia balas dendam (^_^)d

No comments:

Post a Comment